Covid-19: Jemaah dari Malaysia sah tidak dibenarkan tunai umrah

0
92

CYBERJAYA – Kerajaan Arab Saudi mengesahkan Malaysia antara salah sebuah negara yang tidak dibenarkan memasuki negara tersebut selepas visa pelancongan digantung sementara kerana
mempunyai kes jangkitan Covid-19

Memetik laporan Arab News, perkara itu diumumkan oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi hari ini.

Selain Malaysia, negara lain yang turut terlibat ialah China, Itali, Korea, Jepun, Singapura dan Kazakhstan.

Menurut laporan itu, keputusan tersebut meilbatkan permohonan visa atas talian dan secara biasa ketika mendarat di pintu masuk.

Pada masa sama, visa yang dikeluarkan untuk penduduk dari negara terlibat yang tinggal di negara tersebut juga digantung sementara.

Bagimanapun, visa pelancongan masih diberikan kepada pengunjung daripada negara yang tidak terlibat dengan Covid-19 namun, mereka tidak dibenarkan menziarahi Mekah dan Madinah.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here