Covid-19: Jepun bakal mulakan ujian klinikal guna antiretroviral HiV

0
143

CYBERJAYA – Jepun bakal memulakan percubaan rawatan Covid-19 dengan menggunakan ubatan antiretroviral HIV tidak lama lagi.

Menurut portal The Guardian, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga.

“Kerajaan kini sedang melakukan persiapan supaya ujian klinikal menggunakan ubatan melawan HIV bagi rawatan coronavirus ini dapat dilakukan secepat mungkin,” kata Suga.

Di Jepun, sebanyak 520 kes jangkitan Covid-19 sudah disahkan, dengan 454 daripada jumlah tersebut berada di atas kapal pesiaran Diamond Princess.

Terdahulu, para doktor di Thailand merekodkan kejayaan merawat beberapa kes Covid-19 menggunakan kombinasi ubatan influenza bersama ubatan merawat HIV seperti lopinavir and ritonavir.

Menurut Nikkei Asian Review yang memetik laporan Jabatan Kesihatan Thailand, para doktor tersebut menggunakan kombinasi lopinavir-ritonavi bersama oseltamivir, yang lebih dikenali sebagai Tamiflu, untuk merawat seorang wanita China berumur 70 tahun.

Wanita tersebut yang tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif sepanjang 10 hari selepas disahkan positif Covid-19, kembali pulih dalam hanya 48 jam selepas dirawat dengan penggunaan kombinasi ubatan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here