Covid-19: Taiwan rekodkan kematian pertama akibat wabak

0
96
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Taiwan merekodkan kematian pertama akibat jangkitan wabak Covid-19, kelmarin.

Menurut portal berita The Guardian, lelaki berusia 61 tahun itu turut menghidap penyakit kencing manis dan hepatitis-B.

Perkata tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan Taiwan, Chen Shih-chung dalam satu sidang akhbar, semalam.

“Lelaki tersebut tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara, dan beliau hanya seorang pemandu teksi.

“Pelanggan beliau kebanyakannya berasal dari China, Hong Kong dan Macau,” kata Shih-chung.

Kata menteri itu lagi, salah seorang daripada ahli keluarga si mati turut disahkan positif Covid-19.

Setakat ini, negara tersebut mempunyai 20 kes yang sudah disahkan.

“Kedua kes ini merupakan jangkitan dalam negeri, dan kami masih menjalankan siasatan terperinci bagaimana dia noleh dijangkiti,” kata Shih-chung lagi.

Kes kematian di Taiwan ini merupakan kes kelima kematian di luar China, selepas masing-masing satu kematian di Jepun, Filipina, Hong Kong dan Perancis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here