Covid-19: Wanita warga AS kes ke-22 di Malaysia

0
172
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Seorang wanita warga Amerika Syarikat hari ini disahkan sebagai penghidap wabak Covid-19 , menjadikan angka terbaharu jumlah pesakit yang dijangkiti di negara ini kepada 22 orang.

Wanita berumur 83 tahun tersebut merupakan salah seorang daripada penumpang kapal pesiaran yang berlabuh di Kemboja pada 13 Februari lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita tersebut dan suaminya bersama 143 lagi penumpang kemudiannya dibenarkan berlepas ke Malaysia oleh kerajaan Kemboja pada 14 Februari setelah saringan menunjukkan kesemua mereka negatif.

Terdapat pertambahan kes baharu menjadikan Malaysia mempunyai 22 kes bagi penyakit koronavirus 2019…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, February 15, 2020

“Namun, apabila tiba di di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kedua mereka dikesan sebagai bergejala dan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh bagi pemeriksaan lanjut,” kata kenyataan itu.

Hasil ujian makmal mendapati wanita tersebut positif dan kini dia ditempatkan di wad isolasi bagi mendapatkan rawatan.

Ujian makmal, bagaimanapun, mendapati suami wanita itu negatif, dan kini dia diletakkan di bawah pengawasan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here