DAP sokong Dr. Mahathir untuk halang kerajaan dominasi Melayu

0
521
Chan Foong Hin

KOTA KINABALU – DAP Sabah menegaskan keputusan untuk mencalonkan Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri kelapan telah dipersetujui bagi menghalang kemunculan semula kerajaan dominasi Melayu.

Memetik laporan FMT, Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin berkata, pihaknya melihat situasi itu tidak sihat untuk negara.

“Blok politik yang menyokong Muhyiddin Yassin terdiri daripada kleptokrat UMNO dan parti konservatif agama, iaitu Pas.

“Kita tidak boleh membiarkan pemimpin ini mendapat kuasa. Ia tidak sihat. Kita perlu mengekalkan kepelbagaian budaya sebagai ciri teras negara ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemimpin PH tidak berminat dengan cadangan Dr. Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan tanpa pembangkang sebelum ini, tetapi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Katanya, sekiranya Dr. Mahathir menubuhkan kerajaan perpaduan, ia tidak akan berjaya kerana semua parti politik perlu terlibat.

Sementara itu, menyentuh mengenai pendirian parti Warisan, katanya, Warisan konsisten dalam menyokong Dr. Mahathir supaya kekal sebagai perdana menteri sepanjang krisis yang berlaku.

Katanya, jaminan itu diberikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ketika ditemui semalam. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here