
CYBERJAYA – Seorang doktor yang ditugaskan memantau dan merawat pesakit dijangkiti virus Novel 2019 Coronavirus di China meninggal dunia selepas bekerja selama 10 hari berturut-turut.
Dr. Song Yingjie, 27, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas bertugas tanpa rehat yang cukup ketika bertugas memeriksa suhu orang ramai yang melalui sempadan di selatan Hubei.
Yingjie yang merupakan ketua paramedik di sebuah klinik di wilayah Hunan dilaporkan rebah selepas kembali ke biliknya pada Isnin lalu. -MT