Dr. Mahathir berkuasa mutlak dalam Bersatu

0
140
Tun Dr. Mahathir Mohamad

CYBERJAYA – Satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak untuk memimpin parti Bersatu ialah pengerusinya.

Berikutan itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, segala tindak tanduk dan arah parti adalah tertakluk kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Menurut Fasal 16.2 perlembagaan parti, tugas Pengerusi Bersatu ialah menjadi Pengerusi dan pemimpin utama parti yang bertanggungjawab bagi menjamin kelicinan keseluruhan perjalanan dan dasar parti.

“Selain itu, tugas Pengerusi Bersatu  juga untuk memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selaku presiden parti beliau akan memangku jawatan Pengerusi Bersatu susulan tindakan Dr. Mahathir meletakkan jawatan pada Isnin lalu.

Tindakan itu diambil berdasarkan Fasal 16.9 perlembagaan parti yang menyebut jika pengerusi berhenti atau diberhentikan maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baharu.

Sementara itu, Marzuki berkata, keputusan yang diambil itu adalah selari dengan prinsip keluhuran undang-undang dan perlembagaan parti.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here