Dr. Mahathir dakwa dapat cukup sokongan sebagai Perdana Menteri

0
352
Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahatahir Mohamad mendakwa mendapat sokongan daripada PH

CYBERJAYA – Perpecahan yang wujud dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin terserlah selepas Pengerusinya yang juga Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula mendakwa mendapat sokongan penuh untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Menurut Dr. Mahathir dalam satu kenyataan, keputusan tersebut akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Pagi ini saya bermesyuarat bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH). Saya yakin bahawa saya mendapat cukup bilangan untuk memperoleh majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat.

“Sehubungan itu, saya bersedia untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri. Keputusan ini akan dipersembahkan kepada Agong,” katanya hari ini.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa mendapat sokongan penuh 36 ahli Parlimen Bersatu untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Pencalonan beliau itu mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas yang membuat kenyataan bersama untuk menyokong Muhyiddin.

Dalam pada itu, Mahathir berkata, keputusan itu diambil kerana beliau mempertahankan prinsipnya untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pemimpin yang rasuah dan kleptokrat.

Malah, katanya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan dalam mesyuarat Bersatu semalam.

“Saya tidak menandatangani mana-mana akuan bersumpah (SD) untuk menyokong mana-mana individu.

“Malah, saya juga meninggalkan mesyuarat lebih awal untuk memberi peluang mereka berdebat dan memilih siapa calon Perdana Menteri,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here