Dr. Mahathir kembali bertugas seperti biasa

0
111
Dr. Mahathir kembali menjalankan tugas beliau seperti biasa selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri interim

CYBERJAYA – Ketika seluruh tumpuan rakyat Malaysia tertumpu kepada situasi panas politik dalam negara, Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap kekal tenang dalam menjalankan tugasnya.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi menerusi laman rasmi Facebook miliknya, Dr. Mahathir dilihat sedang tekun menyemak dan memeriksa beberapa dokumen di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Dengan memakai pakaian ‘bush jacket’ berwarna kelabu, raut wajah beliau kelihatan serius ketika menyemak setiap helaian dokumen di atas mejanya.

Semalam, seluruh negara terkejut apabila Dr. Mahathir bertindak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Susulan tindakan beliau itu, semua jawatan menteri Kabinet juga terbubar secara automatik.

Bagaimanapun, bagi mewujudkan kestabilan dalam negara, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melantik beliau kembali sebagai Perdana Menteri interim sehingga Perdana Menteri baharu dilantik mengikut lunas Perlembagaan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here