Dr. Siti Hasmah sapa, beri coklat kepada media

0
86

PUTRAJAYA- Isteri kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali menyapa petugas media yang berkampung di pintu masuk protokol Bangunan Perdana Putra.

Beliau yang tiba pada pukul 10 pagi berhenti di pintu masuk itu dan memberikan coklat KitKat kepada petugas media.

“Ambil…mari ambil,” katanya katanya sambil menghulurkan sebekas coklat.

Ketika ditanya mengenai kesihatannya, Dr. Siti Hasmah menyatakan beliau berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah sihat,”katanya.

Dr. Siti Hasmah turut menasihati pemberita menjaga kesihatan sepanjang menjalankan tugas.

“Jaga diri ya,” katanya sambil tersenyum.

Ini merupakan kali kedua Dr. Siti Hasmah memasuki Bangunan Perdana Putra.

Kali pertama adalah tengah hari semalam sebelum pulang bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sebelah petangnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here