Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah tiba di PMO

0
253

PUTRAJAYA – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tiba di Bangunan Perdana Putra di sini pada pukul 10.25 pagi.

Dr. Wan Azizah yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR itu hadir dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire bewarna putih.

Kenderaan yang dinaiki beliau sempat berhenti serta membuka tingkap sebelum melambai kepada wartawan yang berada di lokasi.

Difahamkan, turut bersama dengan Dr. Wan Azizah ialah anaknya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di pejabatnya pada pukul 9.29 pagi-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here