Dua kes baharu COVID-19 disahkan

0
111
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Dua lagi kes baharu postif COVID-19 dikesan di negara ini menjadikan angka sah pesakit dijangkiti wabak itu kepada 21.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua kes terbaharu itu menerusi satu paparan dalam akaun media sosial miliknya, sebentar tadi.

Dua lagi kes baru positif #COVID19 di negara ini menjadikan 21 kes setakat ini. 1. Kes ke-20 – lelaki 27 tahun warga…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Friday, February 14, 2020

Kes ke-20 melibatkan seorang lelaki warga China yang dikesan menunjukkan simptom ketika saringan di pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam.

Mangsa ketika ini ditempatkan di wad isolasi Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Kes ke-21 pula melibatkan seorang wanita warga China berusi 32 tahun yang telah menetap di negara ini.

Menurut paparan KKM, wanita tersebut telah pulang ke China pada 22 Januari bagi melawat keluarganya, dan kembali ke Malaysia pada 30 Januari lalu. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here