Faiz Subri sarung jersi pasukan dari Perlis untuk musim 2020

0
347

CYBERJAYA – Selepas setahun menghilangkan diri daripada saingan bola sepak tempatan, pemenang Anugerah FIFA Puskas, Faiz Subri bakal kembali mewarnai kancah liga tempatan dengan mewakili sebuah pasukan kelab dari utara tanah air.

Faiz Subri menerima Anugerah FIFA Puskas daripada legenda Brazil, Ronaldo

Menurut perkongsian daripada laman Facebook Northern Lions FC (NLFC), bekas pemain Pulau Pinang itu akan beraksi dengan pasukan yang berpangkalan di Perlis itu bagi saingan Liga M3 untuk musim hadapan.

Difahamkan, beliau akan membuat kemunculan pertama bersama NLFC ketika perlawanan menentang Kerteh FC pada peringkat kelayakan Piala FA musim hadapan. Dalam saingan piala tersebut sebanyak 32 pasukan akan merebut 16 slot di pusingan pertama manakala lapan pasukan mendapat “bye” untuk layak secara terus.

Nama Faiz sebelum ini pernah meniti di bibir peminat apabila gol yang dijaringkannnya pada 2016 menjadi tular di seluruh dunia dan turut disamakan dengan jaringan pemain legenda Brazil, Roberto Carlos ketika menentang Perancis pada 1997.

Faiz Subri bakal beraksi dengan pasukan NLFC pada musim hadapan

Namun begitu, pada musim lalu pemain berasal dari Kedah itu secara tiba-tiba mengambil keputusan untuk menggantung kasut bola untuk sementara waktu dengan alasan untuk memberikan tumpuan kepada keluarganya.

Menerusi penampilan bersama pasukan yang berpangkalan di Perlis itu pada musim ini dijangka dapat merancakkan semula arena sukan bola sepak di Perlis yang sebelum ini suram berikutan pelbagai masalah yang berlaku terhadap pasukan bola sepak negeri.-MT

Faiz Subri mencipta nama bersama pasukan Pulau Pinang meskipun lahir di Kedah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here