Gara-gara promosi RM20, restoran KFC diserbu

0
283

CYBERJAYA – Tular dalam media sosial restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) diserbu orang ramai gara-gara promosi ‘snack plate’ yang dijual pada harga RM20 untuk dua set.

Menerusi pemantauan Malakat Tribune menerusi media sosial, orang ramai mula mengunjungi restoran makanan segera itu sejak pukul 10 pagi bagi mendapatkan promosi yang diadakan sempena tarikh istimewa, 20 Februari 2020 atau 2022020.

Poster yang tular dalam media sosial terutama dalam aplikasi kumpulan Whatsapp dan Telegram itu tular sejak beberapa hari lalu menyebabkan restoran KFC diserbu pengunjung di seluruh negara.

Orang ramai sanggup beratur panjang untuk menunggu giliran bagi mendapatkan harga promosi itu.

Berdasarkan kenyataan dalam poster itu, pesanan hanya boleh dilakukan dengan pelanggan perlu mengunjungi mana-mana restoran KFC sambil menunjukkan poster itu dikaunter selain itu perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan turut disediakan. 

Menerusi maklumat dalam laman sesawang KFC Malaysia, harga asal bagi ‘snack plate’ yang mengandungi dua ketul ayam, ‘whipped potato’, coleslaw dan minuman bergas dijual pada harga RM16.50. 

Tawaran istimewa itu terbuka di semua rangkaian restoran makanan segera itu kecuali di Genting Highlands, Mall of Medini dan cawangan di semua lapangan terbang. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here