Giliran ahli Parlimen PKR menaiki bas menghadap Agong

0
141

KUALA LUMPUR -Selepas ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas menaiki dua bas semalam, hari ini ahli-ahli Parlimen PKR menaiki kenderaan sama menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.

Kesemua mereka yang menaiki bas dua tingkat KL Hop On Hop Off itu tiba kira-kira pukul 10.30 pagi itu disambut laungan reformasi oleh penyokong-penyokong parti itu.

Antara ahli Parlimen yang menaiki bas tersebut ialah Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim; isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (Pandan); Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) dan Abdullah Sani Abdul Hamid (Kapar).

Menerusi akaun Facebook Parti Keadilan Rakyat kesemua ahli Parlimen PKR itu berkumpul di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya sebelum bergerak ke Istana Negara.

Dalam gambar akaun Facebook itu, Ahmad Fahmi sempat berswafoto bersama beberapa ahli Parlimen diatas bas dua tingkat tersebut. – MT 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here