‘Harap MP tidak pusing belakang’

0
162

CYBERJAYA –  Kerajaan baharu boleh ditubuhkan sekira Tun Dr. Mahathir Mohamad jika mendapat sokongan majoriti lebih 112 kerusi.

Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysa (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Rais Yatim berkata, kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan nanti bukan lagi kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Kini kerajaan PH dah tak ada. Tun Dr. Mahathir hanya sebagai Perdana Menteri sementera sebelum beliau berKabinet baharu dilantik Yang di-Pertuan Agong.

“Harap MP (ahli Parlimen) yang berdepan Yang di-Pertuan Agong hari ini tidak pusing belakang,” ciapan beliau dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Hari ini beberapa ahli Parlimen kelihatan memasuki Istana Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Alhmarhum Sultan Ahmad Shah.

Antara yang menghadap Seri Paduka ialah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Simpang, Maszlee Malik. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here