Hasni MB Johor ke-18

0
618

KUALA LUMPUR – Datuk Ir. Hasni Mohammad hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18.

Menurut portal Malaysia Gazette, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, di Istana Bukit Serene.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor berusia 61 tahun itu dilantik selepas gabungan BN, Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bergabung bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada parti Bersatu selepas gabungan baharu itu dibentuk.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here