Helikopter polis terhempas

0
336
Helikopter milik PDRM terhempas di Tawau. Kredit gambar media sosial

TAWAU – Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas di Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan helikopter jenis Agusta Westland AW139 itu sedang dalam tugasan rutin “Ops Taring” berlepas dari Lahad Datu ke Tawau tengah hari tadi.

Ia dijadualkan berlepas semula dari Tawau pukul 7.28 malam sebelum gagal dikesan daripada data pangkalan.

Helikopter dengan nombor pendaftaran 9M-PMC membawa enam penumpang termasuk juruterbang yang berpangkat deputi superintendan, pembantu juruterbang berpangkat asisten superintendan, tiga anggota pangkat rendah serta seorang jurutera (orang awam).

Semua mangsa selamat dan dibawa ke hospital. Kredit gambar media sosial

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, semua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here