Helikopter terhempas, juruterbang selamat

0
280

CYBERJAYA – Dua juruterbang terselamat apabila helikopter jenis Bell206 yang dinaiki terhempas ketika dalam penerbangan dari Marudi ke pangkalannya di sempadan Brunei petang semalam.

Menurut portal berita Suara Sarawak yang memetik sumber, kedua-dua juruterbang selamat dalam kejadian pada pukul 5.57 petang itu.

“Kedua-duanya selamat dan akan dibawa keluar menggunakan laluan darat,” kata sumber itu sambil menambah, sebelum kejadian, helikopter dengan call sign 9MAZK itu telah menurunkan tiga kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) untuk kerja-kerja pengukuran di Marudi.

Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Jo Hang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Beliau berkata, helikopter itu sepatutnya tiba di pangkalan selepas satu jam 40 minit penerbangan dari Marudi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here