Insiden Korat berjaya diselesaikan

0
218
Pasukan keselamatan Thailand ketika operasi memburu Thomma yang bersembunyi di dalam pusat beli belah Terminal 21 di wilayah Korat. – GAMBAR PASUKAN KESELAMATAN THAILAND

CYBERJAYA – Pasukan keselamatan berjaya menembak mati anggota tentera Thailand yang melakukan tembakan rambang di bandar Nakhorn Ratchasima di wilayah Korat, sebentar tadi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Somkid Jatusripitak, penembak tersebut, Koperal Jakrapanth Thomma maut ketika berbalas tembak dengan pasukan keselamatan yang mengepungnya di dalam bangunan pusat beli belah Terminal 21.

Menurut portal al-Jazeera, pasukan keselamatan turut berjaya menyelamatkan lapan individu yang dijadikan tebusan.

Al-Jazeera turut menyebut bahawa Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha dijangka melawat kawasan kejadian.

“Motif sebenar kejadian ini masih belum jelas. Pihak polis akan mula mengumpul bukti bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” kata penerbit berita al-Jazeera, Kittiphum Sringammuang.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan, Kongcheep Tantrawanit ketika ditemu bual berkata, mereka juga tidak mengetahui motif Thomma kerana tindakannya seolah-seolah dia sudah ‘hilang akal’.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here