Islam Jilid 2:Kebangkitan Islam yang dinanti

0
258

RAUDHAH CITY- Masyarakat Islam di negara ini perlu bangkit untuk membina ekosistem ekonomi baharu bagi menguasai sektor berkenaan agar tidak terus dikuasai oleh pihak lain.

Pendekar Ekonomi Islam, Mohd. Fadzil Hashim berkata, beliau memperkenalkan Modul Islam Jilid 2 bagi memudahkan masyarakat Islam memahami perjuangan menguasai ekonomi.

Beliau berkata, modul berkenaan amat penting kerana ia menfokuskan formula memperbetulkan kesilapan dalam rantaian perniagaan yang menyumbang kepada kejatuhan ekonomi.

“Konteks yang cuba disampaikan ialah kita telah menunggu hampir 100 tahun untuk kebangkitan Islam, modulnya mudah semua orang Islam kena bangkit membina ekosistem baharu.

“Statistik dunia menunjukkan, 90 peratus perniagaan gagal namun, sistem itu diterima pakai sehingga sekarang yang berasaskan riba dan kapitalis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi panel jemputan dalam seminar anjuran ESQ yang diadakan di Great Hall, Kompleks Pendidikan Brainy Bunch di sini.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, dalam Islam, konsepnya ialah tiada sesiapa yang boleh gagal sebab tanggungjawab umat Islam ialah membantu saudara seagama.

“Dalam Islam, nilai kebersamaan dan persaudaraan itu memastikan kewajipan kita membantu sehabis baik kepada perniagaannya.

“Statistik bahawa 90 peratus gagal ini boleh dihapuskan sekiranya kembali kepada kefahaman bahawa kita harus bersatu dan menyatu kekuatan usahawan kita agar kita dapat memanfaatkan semua.

“Misalnya, mengapa kita perlu sokong usahawan Muslim? Sebabnya, apabila mereka untung, mereka akan membayar zakat. Apabila mereka ada duit lebih, mereka boleh mewakaf atau bersedekah,” katanya.

Selain itu katanya, masyarakat Islam perlu bersatu meningkatkan kekuatan dalam sektor ekonomi bagi membolehkan bantuan kepada rangkaian perniagaan sesama Muslim.

Dalam pada itu katanya, antara formula Islam Jilid 2 juga memerlukan cinta antara saudara selain penyertaan masyarakat Islam dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

“Ajaklah seramai mungkin umat Islam untuk menyertai KoPPIM. Hanya dengan pelaburan RM100 yang bila dikumpul dalam masa 10 tahun menjadi RM12,000. RM12,000 ini boleh dijadikan nilaian sehingga RM1.2 juta.

“Sehingga hari ini, lebih 10,000 telah mendaftar sebagai ahli KoPPIM. Dalam masa enam bulan ini kita juga menyasarkan untuk menarik penyertaan sejuta ahli. Insy-Allah sasaran itu dapat dicapai.

“Walaupun telah diberikan akses yang lengkap tentang cara menjadi ahli namun, masih ada bertanya mengenai prosesnya. Kita akan permudahkan mereka dan memberi layanan terbaik.

“Sesi jelajah untuk memberi penjelasan tentang KoPPIM termasuk di kawasan luar bandar juga akan diadakan. Langkah ini bagi memastikan semua umat Islam mendapat maklumat sebenar mengenai koperasi ini,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai komen negatif mengenai KoPPIM, Mohd. Fadzil berkata, pihaknya mengambil positif p
terhadap setiap komen dan berharap semua pihak akan membantu kembangkitan ekonomi Islam.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here