Jadual Tun M padat hari ini

0
142

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan Bangunan Perdana Putra pada pukul 5.45 petang.

Dr. Mahathir kelihatan ceria dan sempat melambai kepada kepada petugas media yang menunggu kenderaan yang membawanya di pintu protokol.

Jadual Dr. Mahathir pada hari ini cukup padat dengan memasuki pejabat pada pukul 8.30 pagi sebelum keluar ke Istana Negara pada pukul 10.30 pagi.

Selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, beliau kembali ke pejabat pada pukul 12.25 tengah hari.

Pada petang ini, Dr. Mahathir mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, iaitu salah satu usaha kerajaan mengurangkan impak ekonomi luaran berikutan penularan Covid-19.

Difahamkan, sebelum majlis berkenaan, Dr. Mahathir sempat berjumpa dengan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here