Jangan pandang rendah kepada mereka beratur beli KFC

0
392

CYBERJAYA – Hari ini orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan promosi Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dijual di rangkaian restoran makanan itu di seluruh negara.

Promosi kombo ‘snack plate’ yang berharga RM20 itu tular dalam media sosial menyebabkan restoran makanan segera itu sesak dikunjungi pengunjung.

Namun seorang pengguna akaun Facebook yang dikenali sebagai Ibnu Rijal berkongsi pendapatnya mengenai situasi hari ini.

Menurutnya, jangan membandingkan yang membeli makanan itu dengan perkara lain kerana mungkin membelinya untuk anak-anak pada harga promosi tersebut.

Berikut merupakan catatan beliau.

Di sana ada mereka yang punya anak-anak yang begitu inginkan KFC.. anaknya ramai, tak mampu dibahagiakan semua. Maka datang promosi ini, ia rela walau berjam lamanya perlu beratur. Untuk anak anak.

Takkanlah kerana mereka berpusu hari ini untuk dapatkan KFC, kita membandingkan mereka dengan tidak pula berpusu ke masjid.. kita kenalkah setiap seorang yang beratur itu.

Saya lebih hormati mereka yang beratur mendapatkan KFC murah dari mereka yang berasak mendapatkan tudung mahal. 

KFC barang kali untuk bahagiakan anak anak. Tetapi tudung mahal barang kali kepuasan sendiri. Pun begitu, saya tidak pernah merendahkan golongan ini. Dia minat, takpelah dia nak beli. Cuma disamakan dua situasi ini, amatlah tidak tepat.

Ketiganya, saya melihat di jalanan tadi tiga empat cawangan kFC dipenuhi drive thru (Pandu lalu) dengan kereta-kereta mewah dan orang-orang kaya yang turut berpusu. 

Entah mengapa saya tidak gemar dengan situasi itu. Alangkah indahnya hidup ini sekiranya kali ini yang kaya dan mampu ke KFC setiap minggu, beri laluan sebentar kepada golongan kurang mampu, yang mungkin jumpa KFC setahun sekali.

Jika kita sendiri pun berpusu, jika stok habis, alangkah sedihnya bila keluarga miskin tadi tak sempat mendapatkan ayam yang mereka idamkan. Sedang anak-anak menanti di rumah.

Jangan kita merendahkan golongan pemberatur KFC yang miskin yang ingin merasa sekali sekala. Tapi kalau nak kecam jugak, kecamlah si kaya yang turut berebut, sedang KFC dalam peti ais rumahnya pun belum habis dimakan! – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here