Jentera UMNO diarah siapsiaga hadapi PRU

0
103

KUALA LUMPUR – UMNO mengarahkan semua jentera partinya untuk bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional (MN) sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) sekiranya Parlimen dibubarkan.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, mesyuarat bersama ketua-ketua bahagian UMNO dari seluruh negara selari dengan keputusan parti yang memohon Parlimen dibubarkan.

“Walaupun kita tidak tahu keputusan yang dibuat oleh Istana Negara, kesiapsiagaan pilihan raya adalah perkara berjalan berterusan.

“Jentera BN seluruh negara mula bergerak bersama-sama dengan Pas melalui Muafakat Nasional membuart persiapan berkaitan. Garis panduan tentang mekanisme kerjasama diantara kedua-dua parti akan dilakukan di semua peringkat negeri, bahagian, Dewan Undangan Negeri dan pusat daerah mengundi,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Bersama Ketua-ketua UMNO Bahagian di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah Annuar, UMNO mengambil pendekatan bertanggungjawab untuk memudahkan parti politik yang terbabit dalam kemelut semasa yang cuba diuruskan oleh Istana Negara.

“UMNO mesti mengambil pendekatan bertanggungjawab untuk memudah dan memurnikan proses terutama sekali Istana Negara disaat mengambil tindakan-tindakan mengikut peraturan dan Perlembagaan.

“Itulah mesti dihormati dan tidak harus ada sebarang spekulasi sebagaimana yang boleh mengganggu perjalanan proses yang sedang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here