JKM cari waris Lisa

0
164

CYBERJAYA – Waris kepada kanak-kanak perempuan bernama Lisa yang pernah diserahkan kepada sebuah pusat perlindungan di Pulau Pinang diminta tampil ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu urusan pendaftaran kelahiran kanak-kanak itu.

Kanak-kanak tanpa identiti yang kini berusia empat tahun itu diserahkan oleh pihak pengurusan Pertubuhan Penyayang Chi Tun Bukit Mertajam kepada ibu bapa angkat untuk dipelihara.

Pelindung Kanak-kanak JKM Daerah Petaling, Nor Asmanizah Ahmad berkata, penyerahan kanak-kanak berkenaan kepada keluarga angkat tidak sempurna kerana tiada surat keizinan ibu kandung, sijil lahir dan maklumat mengenai ibu bapa kandungnya.

Katanya, kanak-kanak itu sekarang berada di bawah jagaan ibu bapa angkat yang menetap di Petaling Jaya, Selangor sejak berusia dua bulan.

“Kanak-kanak ini sudah dibawa bagi prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-kanak Petaling Jaya pada 23 Januari lalu untuk mendapatkan perintah penjagaannya.

“Kami memohon mana-mana individu yang mengenali ibu bapa atau waris kanak-kanak ini untuk segera menghubungi JKM,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan waris kanak-kanak berkenaan dan memaklumkan kepada Pejabat JKM Petaling Jaya di talian 03-78422584 atau 03-78422587.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here