
RAUDHAH CITY – Semua pemilik kedai Muslim, pelabur baharu dan juga pemilik produk Muslim jemput menghadiri Mesyuarat Khas Bersempena Kempen BMF Siri 2 pada Sabtu ini.
Mesyuarat itu akan diadakan pada pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang di Kompleks Brainy Bunch di Cyberjaya, mereka yang berminat dinasihatkan agar mendaftar awal.
Mesyuarat ini bakal membincangkan tentang peluang yang boleh diambil dalam usaha membantu para usahawan muslim meningkatkan hasil jualan masing-masing.
Mesyuarat itu dianjurkan dengan kerjasama Raudhah Grocer, Koperasi Pembangunan Islam Malaysia (KoPPIM) dan juga Malakat Mall Cyberjaya.
Antara yang akan turut serta dalam program ini adalah Pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Rauhah City, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.
Turut serta Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat. Johari merangkap jurucakap Raudhah Grocer dan KoPPIM.
Tempat adalah sangat terhad dan mereka yang berminat boleh mendaftar diri masing-masing di http://bit.ly/MesyuaratPeniagaMuslim
Semasa hadir ke mesyuarat sila bawa produk, profil syarikat, bunting; Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Halal dan sijil-sijil yang berkaitan.- MT