Jumlah kematian tembakan rambang di Thailand meningkat

0
248
Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan askar mula dikerahkan di lokasi bagi memburu suspek

BANGKOK- Jumlah kematian akibat kejadian tembakan rambang oleh seorang askar di bandar Nakhon Ratchasima, Thailand, semalam, meningkat kepada 21 orang.

Antara mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu termasuk anggota pasukan keselamatan Thailand.

Kesemua mayat mangsa yang terbunuh kini ditempatkan di Hospital Maharat Nakhon Ratchasima.

Pusat beli belah Terminal 21 yang menjadi lokasi persembunyian suspek

Memetik laporan CNN, pihak polis masih tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat tebusan yang ditahan selepas suspek tersebut dikatakan bersembunyi di pusat beli belah Terminal 21.

Berikutan itu, pihak berkuasa Thailand telah mengarahkan pasukan polis dan tentera untuk berada di kawasan tersebut bagi menangkap suspek dan mengawal keadaan.

Sebelum ini, lelaki tersebut dikatakan bergaduh dengan ketuanya di kem dia bertugas sebelum bertindak membunuh ketuanya itu.

Gambar suspek yang dikeluarkan oleh pasukan keselamatan Thailand

Tidak cukup dengan itu, suspek kemudiannya mengambil pistol mangsa dan mula menembak secara rambang terhadap rakannya yang lain.

Selain itu, suspek berkenaan yang dikenal pasti sebagai Koperal Jakrapanth Thomma turut merampas beberapa senjata lain termasuk mesingan dan sebuah Humvee dari kem berkenaan.

Selepas melarikan diri dari kem berkenaan suspek tersebut kemudiannya pergi ke pusat beli belah itu dan mula melepaskan tembakan secara rambang terhadap orang awam. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here