Kapal terbang hampir berkecai selepas tergelincir ketika mendarat

0
347

CYBERJAYA – Sebuah pesawat Boeing 737-800 milik Pegasus Air tergelincir ketika mendarat lalu terpecah kepada tiga bahagian di Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di Istanbul, Turki, malam tadi.

Memetik laporan portal Sky News, pesawat dengan nombor penerbangan PC2193 itu berasal dari bandar Izmir.

Ketika kejadian, pesawat tersebut membawa 177 penumpang dan anak kapal.

Menteri Pengangkutan Turki, Cahit Turhan berkata, tiada mangsa yang terkorban dan menambah, insiden ini berlaku ketika kapal terbang tersebut sedang melakukan pendaratan.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan, seramai 52 mangsa tercedera dan telah dihantar ke hospital.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here