Kelainan Ayuh Bangkit Bootcamp 5.0

0
205

RAUDHAH CITY – Kutipan daripada yuran program bimbingan keusahawanan dan perniagaan Ayuh Bangkit Siri Ke-5 akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung pembangunan projek tadika Brainy Bunch di Gaza, Palestin.

Selain peluang menderma kepada tabung Brainy Bunch Foundation, seminar pada 22 hingga 23 Februari di ECO Millennium Beranang, Selangor itu turut menawarkan diskaun separuh harga kepada 100 peserta terawal.

Program yang boleh disertai dengan yuran RM2,500 termasuk penginapan dan makan minum itu turut menawarkan bayaran secara ansuran sebanyak dua kali bayaran (bergantung kepada terma dan syarat).

Program motivasi perniagaan bertemakan ‘Zero To hero Biz Camp’ itu akan menampilkan dua jurucakap iaitu Pengasas Brainy Bunch, Raudhah City dan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim serta pakar Google Malaysia, Shakirah Karim.

Program Ayuh Bangkit kali ini akan memberi tumpuan kepada strategi praktikal dalam transformasi kewangan, pemasaran dan pengurusan pasukan dalam syarikat.

Mohd Fadzli yang lebih dikenali dengan gelaran Coach Fadzil berkata, orang ramai khususnya golongan usahawan dan ahli perniagaan dipelawa sekali lagi untuk menyertai program itu selepas sambutan hangat program siri yang lalu.

“Ini adalah peluang terbaik untuk anda bertalaqi dan ajukan soalan mengenai sebarang masalah dihadapi sepanjang perjalanan membina empayar perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya, program tersebut terbuka kepada semua peringkat usahawan yang berminat untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam selok-belok dunia perniagaan.

“Mereka yang baru memasarkan produk sendiri, yang sedang mengembangkan bisnes, yang bermasalah, tidak mempunyai kemahiran dalam pemasaran digital, pengurusan kewangan, mencari rakan perniagaan dan idea baharu dijemput hadir,” katanya.

Selain motivasi dan perkongsian ilmu secara bersemuka, peserta juga akan dibekalkan dengan pelbagai formula dan templet pelan perniagaan untuk jangkaan sehingga 30 tahun.

Antara lain adalah formula magik Coach Fadzil dalam menggandakan prestasi bisnes sehingga 100 kali ganda, ‘bedah siasat’ produk atau servis, templet ‘copywritting’ berkesan dan amalan mengikut ajaran Islam.

Pendaftaran program ini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web www.ayuhbangkit.com/register-ab5/*.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi talian 0177150040 atau 019-2680604.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here