Kenyataan Majlis Presiden PH calonkan Dr. Mahathir semula palsu

0
571

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menafikan satu kenyataan palsu yang sedang tular bahawa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, kenyataan itu adalah palsu.

“Ada kenyataan palsu diedar, kononnya Majlis Presiden PH telah bermesyuarat dan menamakan Tun Mahathir sebagai calon PM.

“Ini dibuat pihak yang tidak bertanggungjawab,” ciapnya melalui Twitter rasmi @fahmi_fadzil.

Sebelum ini, satu kenyataan yang kononnya Majlis Presiden PH bersetuju melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan tular di media sosial.

Kenyataan palsu yang ditularkan

Dalam kenyataan palsu itu turut menyebut bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan nama tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong, esok. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here