Kenyataan Tun M guris hati ahli UMNO

0
351

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam menyinggung dan mengguris UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu bagaimanapun memahami masalah yang dilalui oleh Dr. Mahathir ketika ini.

Beliau menambah, semua masalah itu berpunca daripada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu sendiri.

Beliau berkata, walaupun kenyataan itu telah menghiris hati ahli UMNO tetapi pemimpin parti itu meminta semua agar dapat bersabar, berlapang dada dan terus mempamerkan sifat baik serta berjiwa besar.

“UMNO telah diuji dengan pelbagai penganiayaan, kezaliman, fitnah dan sebagainya tetapi kepada Allah SWT kita berserah dan terus bersabar kerana Allah sentiasa orang sabar.

“Kepada YAB Tun, kami ahli UMN0 doakan kesihatan yang baik dan hati yang tenang. UMNO, Insya-Allah akan terus berjuang dengan tabah, sabar demi menegakkan kebenaran dan kebaikan untuk agama, bangsa dan tanah air,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Menara Dato’ Onn di sini hari ini.

Semalam, Mahathir telah membuat kenyataan dalam perutusan khas berkaitan kemelut politik dan pemerintahan negara yang sedang hadapi yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here