Kerajaan baharu: Ambil kira pandangan rakyat, kepentingan Orang Melayu

0
114

CYBERJAYA – Pandangan rakyat serta kepentingan orang Melayu dan bumiputera serta agama Islam mesti menjadi keutamaan.

Itu antara cadangan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Amiruddin Yahaya kepada kerajaan baharu yang bakal dibentuk selepas terbubarnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) berikutan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, inilah masanya untuk memperbaiki keadaan dan jangan biarkan kesilapan berlaku buat kali kedua.

“Ini adalah peluang yang terbaik untuk Perdana Menteri baharu melantik mereka yang benar-benar layak dan berwibawa sahaja untuk memegang jawatan menteri dan timbalan menteri.

“Pemilihan mereka yang memeganag jawatan ini juga haruslah bersih dan dilihat bersih tanpa ada rekod tidak baik atau terpalit dengan pelbagai skandal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membatalkan jawatan menteri-menteri Kabinet atas nasihat Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali berkata, pembatalan itu berkuatkuasa sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

Tambah Aminuddin, penglibatan alim ulama, tokoh masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam kerajaan baharu nanti perlu diambil kira bagi memastikan komposisi kerajaan merangkumi setiap lapisan rakyat Malaysia.

“Ini penting untuk proses semak dan imbang yang sihat lagi berkesan,” ujarnya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here