Kerajaan negeri Melaka ‘runtuh’?

0
220
Status Facebook milik Ketua Menteri Melaka yang menimbulkan tanda tanya sama ada beliau telah meletakkan jawatan

CYBERJAYA – Pergolakan politik yang berlaku melibatkan kerajaan Pusat mula merebak ke peringkat negeri.

Terbaharu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari memberi bayangan untuk meletakkan jawatan susulan situasi politik yang berlaku sekarang.

“Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang saya memimpin kalian.

“Walaupun tempoh itu singkat, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dengan kudrat yang ada untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan semua. oakan semua dirahmati Ilahi,” katanya dalam status Facebook miliknya pagi tadi.

Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua kerusi sahaja dengan melibatkan gabungan DAP lapan kerusi, PKR (tiga), Amanah (dua) dan Bersatu (dua) manakala pembangkang, BN memiliki 13 kerusi.

Adly Zahari dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka selepas PH berjaya membentuk kerajaan negeri dalam PRU lalu.

Pengumuman Bersatu semalam yang keluar daripada PH bukan sahaja memberi kesan kepada kerajaan Pusat malah memberi bayangan beberapa kerajaan negeri dijangka runtuh antaranya Perak, Johor selain Melaka. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here