Kerajaan PH Johor runtuh, gabungan baharu ambil alih

0
969
Menteri Besar Johor PH, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dipilih daripada parti Bersatu

CYBERJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Johor runtuh selepas gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd. Noah, keputusan tersebut diputuskan selepas satu temubual diadakan antara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

“Setelah selesai temubual itu, Tuanku telah berpuas hati gabungan parti yang baharu telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan apabila 28 ADUN memilih Gabungan Baharu berbanding 26 ADUN memilih PH.

“Oleh yang demikian parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar sebelum susunan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baharu dilantik,” katanya dalam satu kenyataan media daripada Istana Johor.

Barisan exco negeri PH

Dalam pada itu, katanya, Sultan Johor juga berharap agar pentadbiran baharu kerajaan negeri segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here