Kereta peronda polis dirempuh disyaki pemandu mabuk

0
221


PETALING JAYA – Kereta peronds polis dirempuh sebuah kereta yang disyaki dipandu pemandu mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Memetik portal Sinar Harian,  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Mohd. Zani Che Din berkata, anggota polis berkenaan yang turut sama nyaris dirempuh itu sedang bertugas mengawal lalu lintas dalam kemalangan  pada pukul 4.05 pagi.

“Anggota berpangkat koperal berkenaan meletakkan kereta peronda polis di belakang kereta yang terlibat dalam kemalangan.

“Tiba-tiba sebuah kereta jenis Nissan dari arah belakang merempuh kereta peronda itu,” katanya.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kemalangan berkenaan.

“Pemandu kenderaan itu dipercayai berada dalam keadaan mabuk dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here