Kesiapsiagaan ATM di tahap tertinggi

0
266
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada sidang media di Pintu Utama Istana Negara.

KUALA LUMPUR- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa meletakkan kesiapsiagaan di tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan krisis politik yang melanda negara.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ketika ini, pihaknya meningkatkan operasi dan kawalan keselamatan di beberapa kawasan tertentu termasuk sempadan negara.

“Buat masa ini, ATM sudah membuat persediaan dan meningkatkan siap siaga bagi mengawal keselamatan negara susulan perkembangan politik terkini. Kita mahu pastikan tiada anasir luar ambil kesempatan.

“Kita turut membuat pemantauan dan rondaan di kawasan tertentu dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Istana Negara hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Kedua-dua mereka hari ini dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi taklimat mengenai situasi keselamatan negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here