Ketua Hospital Wuchang disahkan meninggal dunia akibat Covid-19

0
115
Liu Zhiming disahkan meninggal dunia semalam selepas beberapa khabar angin yang mengatakan beliau maut dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

BEIJING – Ketua Hospital Wuchang di Wuhan yang dibina khusus untuk merawat pesakit Covid-19, meninggal dunia akibat dijangkiti virus itu.

Akhbar People Daily melaporkan Liu Zhiming yang mengetuai hospital sementara itu meninggal dunia sementara media lain melaporkan beliau masih berjuang melawan penyakit.

Menurut laporan CCTV, Liu, 51, meninggal dunia pada 10.30 pagi waktu tempatan (02:30 GMT) pada Selasa. Beliau menjadi ketua pusat perubatan sementara pertama yang meninggal dunia akibat virus itu.

Terdapat dua buah hospital sementara, satu daripadanya adalah Hospital Wuchang yang dibina di Wuhan dalam waktu yang singkat untuk merawat pesakit dijangkiti virus maut itu.

Covid-19 pertama kali dikesan di Wuhan, di wilayah Hubei pada akhir Disember dan sejak itu virus menular ke lebih 20 negara. Angka korban di tanah besar China melebihi 1,800 orang dan jumlah kes disahkan sebanyak 72,400.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here