Kit Siang sokong Pandikar

0
247

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersetuju dengan pendapat bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dibuat sesuka hati oleh sesiapa pun.

Menurut beliau, kenyataan Pandikar itu selaras dengan keputusan yang diambil oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan yang berlangsung semalam.

“Buat pertama kali saya bersetuju dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bekas Ketua Parlimen (Yang Dipertua Dewan Rakyat),” katanya menerusi catatan blog beliau, blog.limkitsiang.com hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan, Persidangan Khas Parlimen yang akan diadakan pada 2 Mac ini adalah untuk menentukan siapa individu yang layak menjadi perdana menteri mengikut bilangan undi dari ahli-ahli Dewan Rakyat iaitu ahli Parlimen.

“Pada saya kalaulah tujuan persidangan khas yang akan diadakan pada 2 Mac itu adalah untuk menentukan kedudukan perdana menteri, ia melanggar Peraturan Mesyuarat (PM) 11 (2) dan 11 (3) atau dua sebab.

“Sebab pertama Tun Dr. Mahathir adalah bukan Ketua Majlis atau Perdana Menteri dalam konteks pengertian atau tafsiran PM 11. Dr. Mahathir telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan lantikannya sebagai Perdana Menteri Interim adalah tidak dirangkumi oleh tafsiran sebagai Ketua Majlis.

“Memilih seorang Perdana Menteri adalah bukan faedah orang ramai dalam konteks tafsiran PM 11 (3),” katanya.

Menurut Pandikar, urusan yang dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Rakyat dibawah PM 11(3) adalah bukan untuk memilih kedudukan jawatan seorang Perdana Menteri. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here