Kita akan percepat proses- Syed Saddiq

0
242

PUTRAJAYA- “Baru balik dari Istana, kita akan percepatkan proses (pembentukan kerajaan). Doakan yang terbaik,” itu reaksi Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa memasuki Bangunan Perdana Putra di sini, beliau yang memandu sendiri kereta Perodua Myvi tiba pada pukul 11.03 pagi.

Difahamkan, Syed Saddiq ke Bangunan Perdana Putra untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang telah memasuki pejabatnya pada pukul 8.25 pagi.

Semalam, Syed Saddiq ketika ditemui selepas mesyuarat Armada berkata, Armada mengambil ketetapan untuk mempertahankan pendirian berprinsip Dr. Mahathir yang tidak akan bekerjasama dengan UMNO.

Syed Saddiq berkata, sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tidak akan bekerjasama dengan parti di bawah kepemimpinan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini adalah kerana isu rasuah, salah guna kuasa dan kes rasuah yang berjalan di mahkamah membabitkan pimpinan tertinggi UMNO.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here