Kita berubah dari sehari ke sehari – Anwar

0
170

PETALING JAYA – “Kita berubah dari sehari ke sehari,” kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pakatan Harapan (PH) akan menerima Bersatu apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima semula jawatan pengerusi parti itu hari ini.

Anwar berkata, berikutan perkembangan terbaharu itu juga tidak berbangkit soal keperluan untuk beliau menemui Dr. Mahathir .

Presiden PKR yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kelapan itu turut ditanya adakah PH dan Dr Mahathir telah berpecah secara rasmi.

“Tidak, kami masih Pakatan Harapan. Dia (Dr Mahathir) yang meninggalkan Harapan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pakatan Harapan di Hotel Eastin hari ini.

Terdahulu Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan Dr. Mahathir kembali memegang jawatan Pengerusi Bersatu selepas meletakkan jawatan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika ditemui mengunci mulut tentang mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here