‘Kita masih satu keluarga (dengan Dr. Mahathir)’

0
200
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Di sebalik apa yang berlaku dan diputuskan hari ini ( pelantikan Perdana Menteri), pemimpin Perikatan Nasional dan Tun Dr Mahathir Mohamad masih lagi dianggap sebagai satu keluarga.

Kenyataan itu disuarakan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bagi meredakan perselisihan antara gabungan Perikatan Nasional dengan Dr. Mahathir yang kembali menyertai Pakaran Harapan.

“Jangan terlalu gembira, kita masih satu keluarga (dengan Dr Mahathir). Ini adalah satu proses biasa.

“Yang penting segala-galanya berjalan dengan baik, jangan terlampau teruja. Banyak lagi untuk membantu Perdana Menteri. Rakyat dan negara kena diutamakan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dilantik sebagai Perdana Menteri ke lapan menggantikan Tun Dr. Mahathir selepas 5 hari kemelut pasca kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here