Konvoi bawa Muhyiddin tinggalkan istana

0
111
Zahid yang turut serta dalam konvoi melambai kepada pihak media sewaktu bergerak meninggalkan istana. – GAMBAR IHSAN RAKAN MEDIA

KUALA LUMPUR – Konvoi kenderaan membawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meninggalkan Istana Negara pada pukul 10.40 pagi.

Tiada sebarang komen berjaya direkodkan, namun Setiausaha Agung Pas, Datuk Taqiyuddin Omar kedengaran menyebut “Will come back tomorrow” (Akan datang semula esok).

Terdahulu, konvoi yang turut mengandungi Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan bebrapa ahli politik lain tiba di Istana Negara pada pukul 10.20 pagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here