Korea Selatan: Jumlah mangsa positif Covid-19 naik mendadak

0
127

CYBERJAYA – Korea Selatan melaporkan kenaikan mendadak angka pesakit yang disahkan positif wabak Covid-19, hari ini.

Memetik laporan The Guardian, jumlah terkini yang disahkan adalah 346 orang, naik mendadak daripada jumlah yang dilaporkan semalam, iaitu 142.

Difahamkan, hampir kesemua kes tersebut mempunyai kaitan dengan insiden jangkitan yang bermula di bandar Daegu, yang terletak di selatan Seoul.

Seorang wanita berumur 61 tahun dipercayai menjadi punca jangkitan di bandar tersebut, dan dipercayai telah menyebarkan Covid-19 kepada beratus-ratus orang lagi ketika menghadiri upacara di gereja. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here