KPN, PAT sampaikan taklimat keselamatan

0
180
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang pada sidang media di Pintu Utama Istana Negara.

KUALA LUMPUR- Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Abdul Hamid berkata, mereka hadir atas titah perintah Tuanku yang mahukan taklimat mengenai tahap keselamatan negara ketika ini.

“Alhamdullilah, kami sudah berikan taklimat, keadaan di seluruh negara tenang, cuma suhu meningkat.

“Saya menyeru semua pemimpin politik dan pengikut mereka supaya jalankan kegiatan politik mereka mengikut perlembagaan, dengan penuh tanggungjawab, elakkan kenyataan provokatif dan kepada orang ramai, hentikan spekulasi tak logik,” katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pada sidang media di Pintu Utama Istana Negara.

Beliau juga berkata polis sudah membuka kertas siasatan mengenai tindakan pihak tertentu yang mendakwa mengetahui pelbagai perkara dalam istana.

“Bagaimana orang luar boleh tahu dengan jumlah undi dan sebagainya. Jangan main-main dengan perkara macam ini, saya sudah mengarahkan polis mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Menurut beliau lagi, walaupun pihak berkuasa menghormati hak bersuara, ia mestilah dalam lingkungan undang-undang negara.

“Hati-hati jangan sampai melepasi batasan undang-undang,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here