KRING! menang FIFH 2020

0
142

RAUDHAH CITY – Filem pendek terbitan Brainy Bones Studio memenangi Anugerah Filem Animasi Pendek Terbaik dalam Festival Antarabangsa Du Film Sur Les Handicap 2020 (FIFH 2020) di Perancis hari ini.

Kejayaan itu dikongsi dalam akaun Facebook Brainy Bones Studios yang kali pertama mencipta sejarah memenangi anugerah tersebut dalam penerbitan filem animasi pendek berunsur Islamik.

“Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan sepanjang tahun. Kami berharap akan lebih sukses pada masa akan datang,” kata status tersebut hari ini.

Sebelum ini, Brainy Bones Studios memaklumkan filem animasi pendek itu dipilih menyertai FIFH 2020 di Perancis.

Menurut Pengarah Urusan Brainy Bones Studio, Muhammad Hilmi Ismail, selain itu KRING! juga turut tersenarai dalam Canterbury Anifest 2020 di United Kingdom.

KRING! yang diarah Muhamad Hilmi itu mengisahkan seorang guru bernama Suraya menghadapi masalah mengajar seorang pelajar unik ketika pengajaran dalam kelas.

Mereka yang belum lagi menyaksikan filem animasi pendek itu boleh klik ke htps://youtu.be/hixR_PrSg8I
-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here