KSN puas hati operasi pentadbiran

0
82

PUTRAJAYA – Walaupun kemelut politik masih belum menemui penyelesaian namun penjawat awam tetap menjalankan amanah dan tanggungjawab mereka seperti biasa.

Perkara itu diakui oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Mohd. Zuki Ali apabila beliau sendiri turun padang melawat beberapa jabatan kerajaan di Putrajaya untuk melihat perjalanan operasi ketika kerajaan belum terbentuk.

Mohd. Zuki berkata, beliau berpuas hati apabila semua berjalan lancar dan kakitangan awam terus menjalankan tugas seperti biasa.

“Minggu yang penuh dengan peristiwa namun penjawat awam terus melaksanakan tanggungjawab seperti biasa.

“Berkesempatan meninjau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Imigresen Putrajaya. Alhamdulillah,” katanya di status laman Facebook miliknya hari ini.

Beliau turut berkongsi beberapa foto ketika melawat jabatan berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here