Kurangkan merintih nasib dalam media sosial

0
196

CYBERJAYA – Media sosial adalah medan yang baik untuk sampaikan dakwah, membuat teguran, mencadangkan solusi dan membina persahabatan.

Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, tulislah sesuatu yang memberikan mesej positif kepada pembaca.

“Apa yang baik akan tersebar juga walaupun mungkin lambat. Berapa banyak sudah berlaku ‘post’ (status) yang baik menjadi tular selepas kematian penulisnya.

“Kurangkan merintih nasib diri dalam media sosial kerana ia menampakkan kelemahan diri,” katanya dalam status akaun Facebook miliknya hari ini.

Muhammad Fauzi menambah, adulah kelemahan diri hanya kepada Allah kerana disisiNyalah kunci penyelesaian.

“Jangan bermewah dedahkan maklumat peribadi dan keluarga. Manusia yang iri hati dan berhati busuk, mereka sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan,” ujarnya.

Katanya, orang bijak tidak akan membenarkan dirinya menjadi alat untuk apa-apa medium. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here