Kutub Selatan makin panas

0
232
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Saintis Brazil mendedahkan suhu di Antartika telah melepasi 20.7 darjah Celcius buat pertama kali.

Memetik portal berita Daily Mail, suhu tersebut dicatatkan di Pulau Seymour hanya enam hari selepas sebuah stesen kajian milik Argentina di Esperanza merekodkan bacaan 18.3 darjah Celcius.

Walaupun bacaan terbaharu itu belum disahkan oleh Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO), ia menunjukkan satu trend bagi keseluruhan Kutub Selatan yang menunjukkan kenaikan suhu sebanyak 3 darjah sepanjang 50 tahun ini.

“Kami melihat trend pemanasan ini di beberapa tapak yang kami pantau, ini sesuatu yang belum pernah kami lihat sebelum ini,” kata salah seorang saintis yang bertugas di tapak tersebut, Carlos Schaefer.

Menurut saintis, kenaikan suhu ini dipengaruhi oleh fenomena El Niño yang membawa arus panas ke rantau tersebut.

Kenaikan suhu ini juga selari dengan pendedahan bahawa Januari merupakan bulan dengan suhu terpanas.

Menurut Pentadbiran Laut dan Atmosfera Nasional (NOAA), bulan lepas merupakan Januari paling panas sepanjang 141 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here