Lapan maut insiden tembakan rambang

2
234
Anggota forensik sedang melakukan siasatan di salah satu lokasi tembakan rambang di bandar Hanau, dekat Frankfurt, Jerman. – AGENSI

CYBERJAYA – Sekurang-kurangnya lapan individu terbunuh manakala lima lagi dilaporkan cedera dalam dua insiden tembakan rambang di bandar Hanau, dekat Frankfurt, Jerman.

Memetik laporan The Guardian, insiden pertama berlaku pada pukul 10 malam tadi waktu tempatan di sebuah restoren shisha di daerah Heumarkt, dengan antara lapan ke sembilan tembakan dilepaskan.

Saksi kejadian memaklumkan pihak berkuasa, sebuah kenderaan berwarna gelap kemudiannya dilihat meninggalkan tempat kejadian.

Insiden kedua berlaku di Arena Bar & Cafe, sebuah lagi restoren shisha di daerah Kesselstadt.

Media tempatan berkata, operasi memburu penembak sedang giat dijalankan, namun akhbar Bild melaporkan, seorang suspek telah berjaya ditahan.

2 COMMENTS

  1. Salam Malakat team.
    Nama saya Syafiq dan saya antara follower blog ni di FB.
    Setiap kali saya klik untuk bukak link post di FB akan keluar notification suspicious link malware, scam etc.

    Saya cadangkan team utk upgrade site jadi [https:] supaya akan di mark secure oleh google. Link yg mark not secure biasanya akan di rank rendah dan mendatangkan suspicious utk org 1st timer.

    Selamat maju jaya

    • Terima kasih Tuan Syafiq atas saranan.

      Untuk makluman, kami sentiasa lakukan penambahbaikan terhadap portal kaki ini, dan cadangan yang tuan ajukan, memang sedang dalam perhatian dan tindakan kami.

      Sekali lagi, terima kasih kerana mengikuti portal kami.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here