LTTE: Adun Seremban Jaya dibebaskan

0
123
ADUN Seremban Jaya dibawa ke mahkamah sebelum ini

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)

Memetik laporan Bernama, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Suffian Jaafar memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pendakwa raya supaya tidak meneruskan prosiding terhadap Gunasekaren, 61.

Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Gunasekaren memberitahu mahkamah bahawa berikutan pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap anak guamnya, beliau memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut.

Minggu lalu, Peguam Negara, Thomy Thomas, memutuskan tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap 12 tertuduh dalam mana-mana 34 pertuduhan dan bertindak memberhentikan prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta-merta.

Sebelum ini, 12 individu yang menyokong LTTE ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan ditempatkan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan.

Mereka antaranya menghadapi pertuduhan memberi sokongan kepada LTTE dalam suatu majlis, memberi sokongan kepada kumpulan itu dalam media sosial dan pertuduhan memiliki, mengedar dan memaparkan bahan-bahan berkaitan LTTE.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here